KUALA TERENGGANU - “Yang Arif, saya mengaku semua silap saya, kerana
cinta dan terlalu menyayangi dia, saya jadi ‘buta’, tidak dapat
membezakan yang mana pahala dan dosa, saya insaf dan berjanji tidak akan
mengulangi perbuatan itu lagi.”
Itulah antara rayuan yang dibuat Mohd Affendi Ahmad, 26, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Mohd
Affendi membuat rayuan itu sebelum dia dijatuhi hukuman penjara enam
tahun dan enam sebatan selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan
merogol seorang pelajar tingkatan empat, tahun lalu.
Mohd Affendi
yang beralamat di Bandar Permaisuri, Setiu, berdepan tiga pertuduhan
merogol mangsa iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun
Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan
sebatan jika disabitkan kesalahan.
Bagi pertuduhan pertama, dia
yang bekerja sebagai pemandu mengaku bersalah merogol mangsa, semasa
kejadian berusia 15 tahun 9 bulan, di sebuah rumah dalam pembinaan di
Kampung Rhu Batil, Kuala Abang, Dungun, pada 7 Ogos 2012, kira-kira jam
10 malam.
Mohd Affendi turut mendakwa mangsa adalah teman
wanitanya yang dikenali baru beberapa bulan itu mengaku bersalah
mengulangi perbuatan sama di lokasi sama setengah jam selepas kejadian
pertama iaitu kira-kira jam 10.30 malam.
Selain itu, berdasarkan
pertuduhan ketiga, Mohd Affendi mengaku bersalah mengulangi perbuatan
terkutuk itu terhadap mangsa pada keesokan harinya iaitu 8 Ogos, jam
2.30 petang di lokasi sama.
Sejurus semua pengakuan bersalah itu
direkodkan, Hakim Wan Fadhilah Noor Wan Idris menjatuhkan hukuman enam
tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan serta mengarahkan
kesemua hukuman penjara berjalan serentak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohamad Nazri, manakala Mohd Affendi tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment