Wednesday, 26 June 2013

Cara Untuk Mendapatkan Buffered Earnings Nuffnang


Kenapa susah nak dapat dan kenapa masih tak dapat Buffered Earnings(BE) Nuffnang? Perkara inilah yang selalu bermain difikiran aku waktu awal-awal berblogging. Pernah aku tersilap antara campaign dan BE. Aku tercari-cari mana salah silap aku sehingga susah nak dapat BE Nuffnang. Selidik punya selidik, akhirnya aku faham jugak dan dapat BE setelah aku buat beberapa perubahan.
Jadi, aku buat entri ni nak kongsi dengan mereka yang masih tertanya-tanya macam mana nak dapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang. Siapa tahu,mungkin suatu hari nanti korang mampu menjana RM10000 dengan blog. Jadi,cara-caranya ialah:


  • Kira Berapa Umur Blog Korang-  Biasanya umur blog yang kurang daripada 2 bulan jarang untuk mendapat BE kerana Nuffnang masih sedang mengumpulkan data tentang blog korang (nak tengok traffik korang stabil).

  • Pastikan Korang Berstatus Glitterati-  Jangan letak iklan ads yang lain seperti Mangga dan Innity melainkan Nuffnang dan Google sahaja. Perbuatan korang meletak iklan berbayar lain macam korang memadukan Nuffnang.Bila letak iklan berbayar lain,maka korang tak akan dapat status glitterati lagi dan peluang korang akan susah untuk dapat BE.

  • Update Survey Nuffnang-  Pastikan korang update survey pada Nuffnang tu sekurang-kurangnya sebulan sekali.Pastikan korang jawab dengan sehabis baik sebab bila korang jawab sehabis baik, semakin cerah peluang korang untuk dapat BE selalu.

  • Iklan-  Letakkan iklan korang ditempat yang strategik iaitu mudah dinampak oleh pembaca.Ingat,pembaca yang menentukan korang dapat banyak duit atau tidak.

  • Entri-  Pastikan korang update entri korang sekurang-kurangnya sehari sekali kerana mana ada orang nak datang pada blog baru yang jarang update entri. Cuba bayangkan korang adalah seorang pengiklan,adakah korang nak bazirkan duit pada blog yang tiada pengunjung? 
ney statistik nuffnang aku minggu pertama hanya 48 orang je hehe pastu naik meredum la 
            
  • Trafik-  Akhir sekali kalau boleh pastikan bilangan unique visitor(UV) blog korang stabil.Sebenarnya tidak perlukan 300 UV sehari. Aku waktu dapat BE pertama pun 100 UV je tiap-tiap hari.Kadang-kadang tak sampai pun 100 UV sehari.
Aku rasa cukup dulu sampai sini. Insyaallah aku akan ulas lebih lanjut cara nak update survey Nuffnang tu.


P/S:Kalau ada kesilapan dalam entri ni,tegur je,ilmu yang baik tu kan lebih baik dikongsi.aku pon tak pernah merasa be nuffnang lagi.sebab baru je hehePhotobucket

No comments:

Post a Comment