Monday, 24 June 2013

Perkhidmatan Tidur Ditemani Gadis Cantik






Anda lelaki bujang, dan ingin seorang teman untuk tidur? Wow..Inilah tawaran menarik sebuah kafe di Jepun yang menyediakan seorang wanita cantik sebagai teman tidur.

Opps...tunggu dulu, jangan fikir bukan-bukan...Cafe ini bukannya tempat pelacuran atau rumah pelacuran. Kafe bernama Soineya ini hanya menyediakan seorang wanita cantik untuk menemani anda tidur, tidak lebih dari itu.....(boleh percaya ke ni...)

Dipetik dari Japantimes, Soineya yang bermaksud kedai tidur bersama ini dibuka sejak 25 September 2012 di Tokyo. Harga perkhidmatan tidur ditemani wanita cantik di kafe ini mengikut jam.

Untuk satu jam pertama anda akan dikenakan bayaran sekitar 6,000 yen. seterusnya untuk 2 jam 11 ribu yen, 3 jam 16 ribu yen, 4 jam 20 ribu yen, 5 jam 25 ribu yen, 6 jam 30 ribu yen dan 10 jam 50 ribu yen.

Tetamu Soineya pun dibolehkan untuk memilih wanita yang diminta menemani saat tidur. Namun tetamu harus membayar 1,000 yen tambahan untuk itu dan tambahan 500 yen setiap jam.

Jika ingin perkhidmatan lebih daripada sekadar pelukan, kafe Soineya juga menawarkan menu lainnya. Tetamu tidur di lengan wanita (3 minit), 1,000 yen, dan wanita menepuk-nepuk punggung tetamu (3 minit), 1,000 yen.

Selain itu ada juga menu untuk mengelus kepala wanita (3 minit), 1,000 yen, tetamu dan wanita saling bertatapan mata (1 minit), 1,000 yen, wanita berganti pakaian (1 minit), 1,000 yen, wanita memijat kaki pengunjung (3 minit) , 1,000 yen.

Masih belum puas, di sini juga terdapat menu tetamu mengurut kaki wanita (3 minit), 1,000 yen, pengunjung tidur di pangkuan wanita (3 minit), 1,000 yen, dan wanita tidur di pangkuan tetamu (3 minit), 2,000 yen.

Harga yang disenaraikan di atas belum termasuk tiket masuk ke dalam kafe ini 3,000 yen. Kafe Soineya sendiri buka sepanjang hari mulai jam 12 hingga jam 10 malam. Bagaimana, anda tertarik?

No comments:

Post a Comment