Gadis dibelasah Teman Lelaki sebelum diPerkosa
imej
Kuala
Lumpur: Padah mengikut teman lelaki pulang ke rumahnya di Jalan Ipoh,
seorang gadis berusia 19 tahun dibelasah abang teman lelakinya dengan
penyangkut baju selain kepalanya dihentak ke bucu katil sebelum dirogol
lelaki berkenaan, kelmarin.
Difahamkan,
abang kepada teman lelaki mangsa turut merakamkan aksi dia merogol
mangsa menggunakan telefon bimbit sebelum disebarkan kepada rakannya.
Sumber
polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa keluar
dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak untuk
berjumpa dengan teman lelakinya dengan menaiki teksi.
Katanya, sebaik tiba di Jalan Ipoh, teman lelakinya membawa mangsa balik ke rumah sewanya dan mereka melepak di dalam bilik.
“Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, teman lelaki mangsa keluar membeli makanan sementara mangsa menunggu di dalam bilik.
“Kesempatan
itu digunakan abang kepada teman lelaki mangsa untuk masuk ke dalam
bilik dengan tiba-tiba sebelum memaksa mangsa mengadakan hubungan seks
dengannya,” katanya.
Beliau
berkata, apabila mangsa melawan, lelaki itu bertindak ganas dengan
membelasah mangsa dengan penyangkut baju dan menghentak kepalanya di
bucu katil hingga separuh sedar.
“Tanpa belas kasihan, mangsa dirogol dua kali hingga pengsan.
“Keesokannya,
mangsa hanya sedarkan diri hasil bantuan seorang rakan teman lelakinya
yang menyimbah air pada mukanya sebelum memaklumkan abang teman
lelakinya sudah menyebarkan video aksi seks mangsa dirogol kepada
rakannya,” katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang.
Jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.
No comments:
Post a Comment