\
Trend..pakai tudung tapi leher ditayangkan…dada yang luas ditayangkan…yang ditutup hanya rambut…lepas itu gaya bertudung pelbagai..fulamak cantik kelihatan tetapi…sesuaikah dengan diri kita sebagai individu islam ?.. Lain lagi yang sekejap pakai tudung sekejap buka tudung..ni apa kes ? Aku taip berdasarkan apa yang aku lihat disekeliling aku…sekeliling kamu bagaimana ? Aku memang suka tengok awek cantik..comel..tapi bila bab nampak awek bertudung tapi nampak leher..dada luas terbuka..aku cuma kata dalam hati..” Eii..bagus buka tudung la kalau gitu…buat malu aje”… Tapi mereka-mereka ni kisah apa dengan kata hati aku ? ikut kata hati dorang dan trend terkini aje…peduli apa kata orang..mereka punya keluhan ni..Ya aku pernah dengar keluhan ni…dari awek yang aku kenal bertudung..lepas itu sekarang ikut sedap dia nak pakai tudung atau tidak. Jika selera dia mahu pakai tudung dia pakai la..ala kadar…lepas tu bila mahu pakai topi…maka topi la jadi penutup kepalanya…ikut sukahati aje..mak bapa dia pun tidak bising jadi buat apa aku bising ?…